Latar Belakang

Written by Administrator. Posted in Info Pengurusan Penerbitan

KENALI KAMI



Unit Penerbitan KUIN

Unit Penerbitan telah ditubuhkan pada 15 Ogos 2003 hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan Universiti Bil 1 (2003). Unit Penerbitan adalah sebuah unit yang dipertanggungjawabkan untuk mempergiatkan aktiviti penerbitan karya-karya ilmiah di kalangan ahli-ahli akademik yang bertujuan menyokong rancangan pembelajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Disamping itu, ianya adalah salah satu usaha penyebaran ilmu kepada masyarakat umum.


Sejak ditubuhkan Unit Penerbitan menggunakan imprint Penerbit Universiti Malaysia Perlis pada setiap bahan terbitannya dan menerima pelbagai karya dalam semua genre ilmu seperti sains, kejuruteraan, sains sosial dan kemanusiaan. Terbitan pertama yang dihasilkan ialah Jurnal Penyelidikan dan Pendidikan Kejuruteraan pada tahun 2004. Antara jenis penerbitan diberi tumpuan  ialah penerbitan buku karya asli ilmiah, buku separa ilmiah, buku ilmiah popular, buku rujukan, buku terjemahan, modul pengajaran, modul makmal, jurnal, prosiding, siri syarahan umum dan terbitan khas universiti.

MISI

Menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bidang kejuruteraan dan bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf dan diterima secara meluas sebagai penerbitan berkualiti di dalam dan luar negara.

VISI

Menjadi Pusat Penerbitan ilmiah untuk Pengajian Tinggi yang terkemuka dan disegani di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

OBJEKTIF

  • Sebagai Pusat yang mempunyai kuasa  melaksanakan dasar penerbitan bagi pihak KUIN.
  • Menyediakan KUIN sebagai sebuah pusat pengajian tinggi awam teknikal yang berdaya saing dalam menyumbangkan penerbitan ilmiah dan separa ilmiah yang berasaskan ilmu kejuruteraan dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan.
  • Sebagai Pusat pembudayaan penulisan bahan-bahan ilmiah termasuk hasil penyelidikan dan memperkasakan keilmiahan para ilmuan KUIN melalui penerbitan yang mencapai penarafan tertinggi nasional dan antarabangsa.
  • Mengukuh dan meluaskan sistem pemasaran di peringkat tempatan dan antarabangsa sekali gus membentuk budaya profesionalisme dalam pemasaran dan pengedaran bahan terbitan ilmiah.
  • Menjana kekayaan dari segi ekonomi, citra universiti dan ilmu.
  • Meluaskan dan meningkatkan impak proses memasyarakat ilmu kejuruteraan  dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dalam kalangan masyarakat umum untuk mencapai Wawasan 2020.

FUNGSI

  • Bertanggungjawab mendapatkan manuskrip atau hasil penulisan daripada Staf Akademik dan mana-mana Staf lain di KUIN atau mana-mana individu atau kumpulan yang dibenarkan oleh Dasar Penerbitan KUIN.
  • Bertanggungjawab mengesan dan menilai kualiti manuskrip serta memberi justifikasi kelemahan dan kekuatan sesebuah manuskrip dengan mengambil kira kepentingan pasaran  dan keperluan KUIN untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Penerbitan.
  • Melakukan kerja penyuntingan substantif dan penyuntingan naskhah terhadap manuskrip yang diterbitkan.
  • Membangun dan membuat perancangan judul baru yang mempunyai potensi pasaran di dalam dan di luar negara bagi memenuhi keperluan perancangan dan pengkembangan penerbitan masa depan secara berterusan
  • Menganjurkan aktiviti latihan berterusan bagi meningkatkan kemahiran penulisan, pengarangan dan penyuntingan untuk bakal penulis dan penulis.
  • Bertanggungjawab menjalankan dan menguruskan kerja-kerja reka bentuk buku, atur letak, dan penghasilan grafik dan percetakan bahan terbitan.
Pusat Pengajian Siswazah, Penyelidikan & Penerbitan
Kuala Ketil
09300 Kuala Ketil,
Kedah Darul Aman, Malaysia.
Tel : 04 4155998 / 5598
Emel : ppsp@insaniah.edu.my
Copyright © Kolej Universiti INSANIAH | This site is best viewed in Chrome, Firefox, or Safari with resolution 1024 x 768 or above.

Capaian Sokongan

  • Peta Laman
  • Bantuan Pelawat
  • Versi Mobile
  • Pembayaran Online
  • Single Sign-On
  • Sindikasi RSS
  • Akses W3C
  • Soalan Lazim
  • Fakta & Angka
  • Koleksi Arkib
  • Carian
  • Survey Portal
  • Direktori Staf (Intranet)

Informasi Web

INSANIAH tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik: Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800
Tarikh Akhir Kemaskini:20/03/2016